Wednesday, December 31, 2008

COKE- EDISI BINTANG BOLASEPAK

MICHAEL BALLACK - German
Chelsea Football Club (English Premier League) & Germany
Position : Defensive/Attacking Midfielder

Special edition : 2006 FIFA World Cup, Germany.
Product of Malaysia
Contents : 325mL














WAYNE ROONEY
- English

Manchester United FC (English Premier League) & England.
Position : Forward

Special edition : 2006 FIFA World Cup, Germany.
Product of Malaysia
Contents : 325mL




























CHRISTIANO RONALDO
- Portuguese

Manchester United FC (English Premier League) & Portugal.
Position : Midfielder/Forward

Special edition : 2006 FIFA World Cup, Germany.
Product of China
Contents : 355mL














THIERRY HENRY
- French

FC Barcelona (La Liga) & France.
Position : Forward

Special edition : UEFA EURO 2004, Portugal.
Product of Thailand

Contents : 325mL

Tuesday, December 30, 2008

EDISI "HIDUP ALA COKE"


Edisi terhad "Hidup Ala Coke" ni kalau tak silap saya dikeluarkan pada tahun 2007. Memang gambarannya penuh dengan keceriaan & warna warni. Lain negara lainlah designnya, tapi konsepnya serupa... dari dalam botol coke bersembur-sembur keluar segala macam warna-warni hehidupan & keriangan. Tapi kalau masa minum coke tu jangan la disemburkan pulak coke tu kat muka member... gerenti tak ada keriangannya....
1) Yang kat bawah ni adalah produk Malaysia. Jumlah edisi terhad ni cuma 3 saja (kalau ada lagi, tolong bagitau saya...), Semangat, Rentak & Selera...Hidup ala Coke. Kesemua isi kandungan 'can' adalah 325mL, standard `can' kat Malaysia. Kat atas ada tertera "satu KITA, sama cita rasa". Boleh gunapakai ke?

2) Produk Hong Kong. Isi kandungan kedua-duanya ialah 355mL. `Can' dia lebih tinggi dari can kat Malaysia. Beli kat Pasaraya Wasbudi, Seri Gombak.


3) Produk Thailand, The Land of Smiles (kandungan : kiri-325mL & kanan-330mL). Tak ingat pula macammana saya dapat kedua-dua tin ni.

4) Produk Taiwan. Can pendek tu kandungannya 250mL & can biasa tu 330mL. Kedua-duanya saya beli kat Pasaraya Wasbudi, Seri Gombak. Bos Wasbudi ni pun saya rasa pengumpul tegar produk Coca-cola sebab kat dalam Pasaraya Wasbudi ni ada ruangan khas kat staircase landing di mana dipamerkan collection dia. Jeles tengok bro....


5) Produk Indonesia. Kat sana, temanya "Hidup Ala Coca-cola".
**Lihat hidup dalam warna-warni**
**Berpikir positif, berjiwa positif**

6) Yang ni is3 ku beli kat Brunei Darussalam. Produk ini diproses kat Singapura untuk pasaran Brunei. (kandungan : 330mL)
**Live on the Coke side of life**












Tuesday, December 23, 2008

COKE-KOLEKSI TERHANGAT DIS. 2008

Hari Sabtu, 20 Disember 2008.

Dah lama benar saya tak ambil angin sambil window shopping kat Sunway Pyramid. Oleh kerana masing-masing nak tenangkan otak & tegangkan otot kami sekeluarga pun memanjakan diri kat sana lebihkurang separuh hari. Jalan sana, pusing sini, terasa nak singgah tengok coca-cola kat Giant Supermarket. Memang tak sia-sia...Sungguh teruja sekali bila melihat tin-tin coke yang belum ada lagi dalam koleksi saya. Kebanyakkannya dari luar negara. Harga berpatutan.

Jadi, tanpa banyak soal, terus saya beli...

*2 tin cherry flavour tin maroon
*1 tin cherry flavour tin merah
*2 tin diet coke cherry flavour,
*1 tin coca-cola light &
*2 tin coca-cola zero 007 Quantum of Solace

Entah siapalah agaknya yang akan habiskan isiannya nanti....

Pandangan depan & belakang. Coca-cola cherry yang no.2 dari kanan tu dah ada dalam koleksi, tapi saya beli juga sebagai spare...


Coca cola ZERO ZERO 7 (James Bond) Quantum of Solace. Product of Great Britain (330ml e)













Coca-cola ZERO biasa (yang ni saya beli kat Jaya Jusco, Keramat AU). Product of Hong Kong (330ml)












Coca-cola Cherry flavour. Tin nya berwarna maroon. Product of Great Britain (330ml e)












Diet Coke Cherry flavour (sugar free). Product of Great Britain (330ml e)












Coca-cola Light (No calorie). Product of Japan (350ml), featuring Sarah Jessica Parker (Sex and the City)

COKE-EDISI REPLIKA BOTOL LAMA


Ketika anak2 & is3 saya sedang memesan makanan kat JJ Food Court, Sunway Pyramid, saya mencilokkan diri sekejap ke pasaraya Jusco berdekatan, semata-mata untuk mengintai rak minuman ringan. Tin-tin coke yang ada sama saja seperti di JJ Keramat AU. Tapi saya tertarik untuk "meghadiahkan kepada diri saya sendiri" botol coke replika zaman dolu2.

Edisi Botol Replika ni ada beberapa jenis. Setakat ini saya ada satu saja, beli pada 2007 yang lalu. Nak beli sekali gus terasa mahal.... Tetiba saja ada la pulak jual kat sini. Saya berperang dengan nafsu yang kuat untuk memiliki satu jenis lagi botol tersebut. Akhirnya saya mengalah & menyambar sebotol untuk dibawa pulang. Tak apalah, nanti saya skip beberapa meals kat office untuk menebus semula perasaan bersalah saya ketika itu......



(1) (2)












(3) (4)











(5) (6)


>>(1) hingga (3) - Pandangan sudut berbeza untuk botol baru.

>>(4) hingga (6) - Pandangan sudut berbeza untuk botol sediada.


Friday, December 19, 2008

COKE-EDISI KHAS ASTRO AKADEMI FANTASIA AF3

Edisi khas ini memaparkan pemenang-pemenang dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia 2, iaitu Zahid (Selangor), Linda (Sabah), Adam (Sabah) & Farah (KL).
Mempromosikan vanilla coke untuk `merebut peluang keemasan sehari bersama pemenang AF3' dari 1 Jun 2005 hingga 31 Julai 2005.

Siapa yang menang dan dapat sehari bersama Mawi tu tak tahulah saya...

[Product of Malaysia. Contents : 325ml. each can.]



<< Zahid
1st place

Linda >>
2nd place







<< Adam
3rd place

Farah >>
4th place







<< View 1

view 2 >>







 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez