Sunday, July 6, 2008

ME & COCA COLA



Saya rasa ramai di antara kita yang mempunyai minat serta hobi masing-masing yang datang dalam pelbagai bentuk, samada hobi melakukan sesuatu ataupun mengumpul sesuatu. Kita akan dengan rela hati menghabiskan masa, tenaga & wang ringgit semata-mata ingin memenuhi kehendak `minat' ataupun `hobi' kita itu. Dari pandangan orang lain yang tidak berada dalam ruanglingkup kita itu, perkara yang kita lakukan itu akan dianggap sebagai sesuatu yang membuang masa, merugikan tenaga dan juga boros!! Tetapi bagi kita yang terbabit, ia adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan mudah, sepertilah juga kepuasan perokok yang tidak mungkin dapat menceritakan kepada orang lain tentang kepuasan yang dia kecapi apabila dapat menyedut asap bertoksik ke dalam paru-parunya.

Saya juga pernah mencatat nama sebagai seorang perokok tegar selama hampir-hampir 15 tahun sebelum menarik diri dari `arena' tersebut. Ketika itu saya tidak pernah dapat meyakinkan orang lain maupun diri sendiri tentang`sifat-sifat kepuasan' yang saya kecapi dari merokok, walaupun saya tahu merokok itu sangat bahaya, seperti melakukan pembunuhan pada diri sendiri secara perlahan-lahan. (Maaf saya pohon dari mereka yang merokok, tapi itulah hakikat yang perokok sendiri sedia maklum.) Saya cuma menyedut asap beserta dengan segala kandungan toksik berbahaya itu dan akan berasa puas. Puas macammana? Entahlah... susah nak cakap...

Begitulah juga dengan hobi. Susah untuk menceritakan pada orang lain tentang kepuasan yang kita rasai. Namun, dalam pada kita melayan `nafsu' hobi ini, perlulah juga kita mengambil kira tentang tahap kewangan, terutamanya bagi kita yang sudah berfamili. Janganlah disebabkan hobi, kampung tergadai dibuatnya.

Dari remaja lagi saya sudah mula berjinak-jinak dengan hobi. Saya memulakan hobi dengan mengumpul setem. Tapi, setelah mempunyai lebih dari 11 buah album setem, hobi saya beralih arah kepada mengumpul wang siling & wang kertas. Yang ini kurang menyengat sikit sebab susah nak dapatkan koleksi dan terasa amat mahal terutamanya wang kertas.

Dari situ saya mula mengumpul bahan-bahan yang murah dan senang didapati. Saya amat sukakan bahan-bahan yang mempunyai design serta berkarektor. `Nafsu hobi' saya akan meronta-ronta untuk memilikinya, walaupun kadang-kadang saya terpaksa juga beralah. Sehingga sekarang saya masih mengumpul bahan-bahan seperti kotak mancis hotel, botol syampu hotel dan keychains dalam pelbagai bentuk & rupa.

Mengatasi semua itu, saya mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul barangan terbitan Coca-cola sejak dua tahun yang lalu. Namun, kebanyakkan dari koleksi yang saya miliki hanyalah yang murah-murah sahaja. Adalah juga satu dua bahan yang berharga agak sederhana. Sebenarnya saya tidak suka minum coca-cola, tetapi amat tertarik pada designnya. Bila disarankan untuk memboikot barangan coca-cola, saya merasa begitu bersalah sekali kerana tidak dapat melakukannya. Sekiranya design botol ataupun can baru keluar, saya akan terus membeli tanpa berfikir dua kali. Airnya akan saya beri orang lain minum....

Koleksi tin.
Koleksi botol kaca & plastik.
Koleksi jam
Koleksi pakaian
Koleksi kenderaan
Koleksi radio & torchlight
Koleksi rojak....
termasuklah keychains, sticker kertas & magnet, lighter, lencana dan apa saja dari jenama coca-cola
Setakat ini cuma itulah sahaja koleksi saya.
Yang mahal-mahal tu tak mampu saya miliki.


4 comments:

Ako Retna said...

saya akan sentiasa TERUJA dengan koleksi2 kat sini...

*bersinar2 biji mata*

kunadzri said...

Jadi la salah seorang dr coca cola collectors retna... uncle bole tolong... janji suka & simpan elok2...

Anonymous said...

hehehe mmg nak uncle tp harus cr mood dulu nih...

Dulu ada gak tp byk dah buang.. sbb xde tempat yg sesuai nak letak.. n dah bg org... xpe xpe tgu saya cr mood , sya akan keje kuat tuk jd cam uncle hehee... ;)

kunadzri said...

cepat2 skit cari mood tuh... sume sama jerr... xder yang ensem, xder yg muka tempayan... kalo dah dapat mood tu, terus kasi tau uncle... boleh tolong kasi cincin belah rotan... wakaka...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez